Quantcast
Channel: Cerita dari mama......
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Bila giliran Haziq?

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Hari ini mama mulakan hari mama dengan menulis entri dalam blog ceritahaziq, kenapa agaknya? Yelah, hari ni kan hari pertama persekolahan. Lazimnya mama memang akan sibuk dengan persiapan Super Abang dan Super Kakak yang akan ke sekolah. Abang dah naik darjah tiga, kakak pula dah masuk darjah dua. Dah besar anak-anak mama. Seawal 5.30 pagi mama dah bangun menyiapkan keperluan anak-anak. Mama dah set dalam kepala, paling lewat jam 12 malam mama dah kena beradu supaya keesokan paginya lebih segar untuk menguruskan anak-anak. Tapi kali ini mama perasan, tahun baru 2013 ni mama hanya perlu menguruskan keperluan dua orang anak sahaja yang bersekolah. Mujurlah ayah banyak bantu mama, sampulkan buku dan keperluan sekolah. Mama uruskan persiapan daripada aspek pakaian. Mana nak pasang lencana, tanda nama dan buat ‘alteration’ baju yang terpanjanglah……

Bila pagi ni semuanya dah selesai, mama duduk mengadap komputer mama seperti biasa. Kakak dah ke sekolah agama seawal 7.00 pagi. Si abang lepas solat subuh terus landing semula di sebelah Haziq memandangkan hanya akan ke sekolah jam 8.00 nanti kerana sesinya akan bermula jam 8.45 pagi. Itupun mama dah minta bantuan Super Ayah untuk tukarkan sesi kakak supaya sama dengan sesi si abang. Mudah-mudaha ada rezeki mereka. Senang sikit, taklah nanti ayah tergopoh gapah nak menghantar si kakak, pergi kerja, kemudian ambil si abang pula. Mama nak hantar Haziq, lepas tu nak fokus pada ‘kerja sekolah’ kerana sudah memasuki fasa genting.

Sambil-sambil mengadap komputer, mama terbayangkan anak syurga mama, Haziqlah kan..siapa lagilah yang istimewa dalam hati dan jiwa raga mama ni. Kalau ikutkan tahun, Haziq dah masuk lima tahun pada tahun ni. Sepatutnya mama dah buat persiapan persekolahan Haziq yang akan masuk ke tadika. Mama sepatutnya dah sibuk-sibuk daftarkan Haziq ke tadika Pintar Bistari yang menjadi pilihan mama, dah belikan dua pasang baju, dah sibuk belikan set buku bacalah Anakku, tapi tak beli pun tak apa sebab milik kakak pun masih elok lagi. Tapi, belum rezeki Haziq lagi hendak bersekolah sebab Haziq masih lagi macam baby, cuma bersaiz besar. Kalau cium pun, masih ada lagi bau baby pada Haziq, macam mana nak sekolah? Kalau dihantar ke sekolah pun, apa yang mampu Haziq buat? Setakat terlantar saja, tak ada apa yang mampu dilakukan melainkan proses pemulihan, bukan pendidikan. Mungkin ada orang lain yang tak sependapat dengan mama tapi mama tak kisah pun. Bagi mama, memang Haziq masih belum sesuai mahu dimasukkan ke dalam arus  pendidikan sebaliknya fokus perlu diberikan untuk proses pemulihan. Siapa yang sanggup hendak mengajar Haziq? Budak yang tak tahu apa-apa pada pandangan kasar manusia. Biarlah Haziq di rumah, sekurang-kurangnya fokus utama mama adalah proses terapi sebelum diberikan pendidikan formal. Kalau pun ada pusat/sekolah yangmahu menerima anak-anak istimewa, sekurang-kurangnya anak itu boleh mengurus diri sendiri. Haziq memerlukan bantuan sepenuhnya, 100%. Mama tak mahu nanti Haziq diabaikan. Makan perlu bersuap, minum masih menggunakan botol, mandi perlu dimandikan, hendak duduk kepala masih belum kuat, hendak bercakap tiada sebutir kata yang keluar, hendak melihat kabur pula pandangan, anak ini benar-benar memerlukan perhatian yang istimewa. Mama tak yakin ada sekolah/pusat yang mampu memberikan perhatian sebegitu rupa.

Bukan memperlekehkan apa yang cuba dilakukan dalam sistem pendidikan tetapi mama sedar di mana tahap kemampuan dan keupayaan Haziq. Mana mungkin mama tak mahukan yang terbaik untuk Haziq tetapi mama perlu realistik. Mama tak pernah takut untuk mengaku anak mama cacat, tak seperti anak orang lain. Anak mama istimewa di hati mama, biar mama usahakan dulu apa yang sepatutnya dilakukan secara berperingkat. Kadang-kadang ada ibu yang takut untuk menerima hakikat bahawa anak mereka ini kurang upaya. Macam-macam istilah lain yang digunakan. Dari satu sudut, terimalah hakikat bahawa anak kita ni memang kurang upaya namun jangan pula menidakkan keistimewaan yang mereka miliki yang mungkin tidak ada pada orang lain. Bagi mama, kalau diizinkan Yang Maha Esa, pasti giliran Haziq untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik dan sempurna akan tiba juga namun itu tidak mematikan usaha pemulihan buat anak syurga mama. Walaupun ada ketikanya mama terdetik bilakah tiba giliran Haziq untuk berdiri, bercakap, berlari dan sebagainya, namun akhirnya mama akur. Allah masih sedang menguji mama dan ahli keluarga yang lain….Giliran Haziq akan tiba juga, inshaAllah….



Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Pokemon para colorear


Winx Club para colorear


Girasoles para colorear


Rana para colorear


Renos para colorear


Dromedario para colorear


People Walk Away Quotes, Inspire Quotes


“Selos Quotes” and “Tagalog Love Quotes” For you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


Scooby doo para colorear


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Mariquitas para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Dear Ex Quotes, Sakit Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


RE: Mutton Pies (mely)


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC