Quantcast
Channel: Cerita dari mama......
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Manja betul……….

$
0
0

Hujung minggu ni mama tinggalkan Super Haziq di rumah pengasuh. Super kakak dan super abang macam biasa akan tinggal dengan Super Ayah di rumah. Mama ada kursus dua hari di Batu Pahat, di Pura Kencana. Rancangannya mahu bermalam di Batu Pahat tapi entah kenapa hati ni asyik terpanggil-panggil untuk balik, asyik teringatkan Haziq dari pagi. Mama dah booking pun bilik hotel tapi hati dah di rumah. Akhirnya sebelum tamat sesi semalam, mama ambil keputusan untuk balik juga ke rumah . Perjalanan dua jam terasa lambat sungguh. Tambah lagi hujan lebat sepanjang perjalanan dengan tiga kemalangan. Sampai di Kempas sahaja cuaca terang benderang, alhamdulillah. Dapatlah mama jumpa anak kesayangan mama. Sampai sahaja di rumah, mama buka gril, Haziq yang ada di riba ayah tiba-tiba ketawa. Ayah pun naik pelik, macam tahu-tahu saja mama baru balik ke rumah. Dapat saja mama dukung, terus dengan mengadanya yang tak sudah…..merengek, manja-manja, tersengih…..

Malam semalam mama tak boleh nak tengok tv sebab ayah dah kuasai, bola punya fasallah ni….Kebetulan mama diserang sakit kepala yang amat. Tak boleh nak tahan, tak boleh nak bertahan. Memang mama tidur awal. Haziq dibaringkan sebelah mama lepas ayah suakan susu. Mama pun pelik kenapa Haziq asyik merengek dan merengek…menangis berair-air mata….nak kata haus, ayah baru je suakan susu. Tidur mama terganggu, tersedar mama dengan tangisan Haziq yang tak henti-henti. Mama usap kepala Haziq, masih lagi menangis. Mama kesat air mata Haziq yang mengalir di pipi…masih lagi ada air mata yang tumpah. Dalam kelat-kelat mata dan terpisat-pisat, mama bangkit dan angkat Haziq. Mama tepuk-tepuk, masih tidak berjaya. Akhirnya…mama rasa mama tahu apa yang Haziq mahukan.

Ayah memang tak galakkan mama buat perkara yang satu ini. Ayah kata usah digalakkan, nanti manja jadinya. Tapi mama tetap nak buat sebab tak larat nak dengar Haziq menangis. Lagipun mama yakin mesti Haziq memang suka kalau mama buat perkara yang satu ini. Mama letakkan kepala Haziq di atas lengan dan kami berbaring bersama-sama. Hmmm….memang inilah yang dimahukanya. Sengih-sengih…..lentok-lentok….lama-lama terlelap. Anak bertuah!!!!! Layankan ajer lah. Memang dah tahu dah…..taktik untuk tidur lenalah kononnya tu. Mama pun sebenarnya suka buat begitu, apatah lagi Haziq. Seronok agaknya dipeluk, rasa hangat dalam pelukan mama. Tapi yang peliknya, sejak dua hari ini tabiatnya memang mahu dipeluk. Selalunya kalau ‘dipopok’ sahaja sudah boleh lena, kali ini mahu juga diletakkan di lengan baru mahu lena diulit mimpi…….

Tak apalah nak…yang penting kamu tak menangis. Yang penting kamu bahagia…yang penting mama dapat lena kerana esok paginya mama harus meneruskan perjalanan jauh lagi demi menuntut ilmu. Tunggu mama balik, nanti mama peluk kamu lagi ye sayang mama…..

bahagia melihat kamu lena duhai anak.....

bahagia melihat kamu lena duhai anak…..

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Love Quotes Tagalog


Dino Rey para colorear


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Toro para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (mely)


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Winx Club para colorear


Orquidea para colorear


Sapos para colorear


Renos para colorear


Dromedario para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Love Quotes and Confession


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC