Quantcast
Channel: Cerita dari mama......
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Genggamannya…..

$
0
0

Assalamualaikum…………

Bila bercerita soal Haziq, air mata mama sebenarnya selalu sahaja menitis di pipi tanpa sedar. Tahunya pipi terasa hangat dan ada air yang mengalir. Ianya berlaku sekali lagi petang semalam. Mama ambil Haziq agak lewat dari rumah pengasuh, Ibu Nora. Ibu Nora kata Haziq muntah, membuak, takut katanya melihat Haziq dalam keadaan begitu. Mama steady saja memandangkan mama dah biasa. Mungkin perutnya sakit, mama menyedapkan hati Ibu Nora. Bila ketuk perutnya, sahlah perutnya kembung. Mama usap dahinya dan seakan mengerti, bila diangkat Haziq akan tersenyum. Lazimnya bila mama sampai di pintu grill rumah Ibu Nora dan memanggil nama Haziq, Haziq akan beri respon dengan menggerakkan badan dan cuba mengalihkan muka mencari dari mana arah suara mama. Mama sentuh sekali lagi dahinya, macam dedar…tapi bila dipegang dan dicium menggunakan mulut, tidak pula terasa bahang. Janganlah demam ye sayang………..Haziq ni memang selalu demam-demam manja, demam sejam…ok semula. KAdang-kadang sekejap, kadang-kadang berhari-hari, tak tentu….ikut mood agaknya. Bukan orang perempuan je ada mood swing tau….Anak-anak syurga ni pun ado….cuma kenalah belajar memahami kerenah mereka. Kalau dah biasa, in shaa Allah, alah bisa tegal biasa……………

Apa sebenarnya yang membuatkan mama menangis? Insiden….insiden ke…..tak, tak…..keajaiban (mama tetap anggap ianya satu keajaiban) apabila melibatkan perkembangan yang sangat mengujakan telah berlaku semalam. Seperti biasa Haziq cukup suka kalau berada dalam kenderaan yang bergerak. Dia tahu kereta tu bergerak atau tidak. Kalau balik kampung tu, kadang-kadang perjalanan 3 jam pun tak ada masalah, tak berkutik sebab suka berjalan. Bising cuma bila lapar jelah kan…tak pun haus…..Cuma semalam Haziq kelihatan agak gelisah, bak kata orang beso macam kita ni, tak senang duduk. Macam ada duri je kat punggung dia tu. Kejap tolak-tolak kaki, kejap cuba angkat-angkat badan…..Mama memang suka usap-usap kaki Haziq sambil memandu. Sebelah tangan di stereng, sebelah lagi melakukan usapan kasih sayang….hehehe. Kadang-kadang terdengar juga gelak tawa dari mulut Haziq. Pasti membahagiakan!

Semalam, Haziq tak mahu tersenyum. Mama cuba genggam pula tangan Haziq. Haziq memberikan respon dengan membalas semula genggaman itu dengan kuat!!!!! Agak lama genggaman tangan mama tidak dilepaskan.Memang kuat! Mama tak sampai hati nak leraikan genggaman itu sebab mama dah lama rindukan genggaman Haziq dalam kadar yang agak lama. Selalunya genggam sekejap dah terlerai sebab Haziq menghadapi masalah menggenggam. Mahunya mama tak menangis? Kerja mama menangis sepanjang jalan. Mama terus berhenti di bahu jalan dan snap gambar ni….

Genggaman tanganmu..semangatku.....

Genggaman tanganmu..semangatku…..

Dek kerana teruja, mama tak mahu Haziq lepaskan tangan mama. Mama memandu seperlahan mungkin kerana mama hanya menggunakan sebelah tangan untuk memegang stereng dan menukar gear. Mesti susah kan…you all bayangkanlah sendiri ye tapi kerana bahagia itu milikku, kucuba memandu dengan penuh berhati-hati. Mujur sebelum itu mama dah minta bantuan ayah untuk bukakan pagar rumah, sampai-sampai terus kenderaan diparkir di dalam garaj. Tak perlu mama turun membuka pagar. Walaupun kelihatan terlalu kecil perkembangan ini, alhamdulillah….wa syukurillah…..Mungkin kesan terapi intensif yang dijalankan 2-3 kali seminggu di sebuah pusat rawatan alternatif di Batu Pahat. Kalaulah ada yang bertanya kenapa tak buat rawatan di hospital? Nak harap hospital semata-mata kadang-kadang memakan masa berbulan-bulan. Takkanlah mama nak berpeluk tubuh. Target mama, menjejak usia 5 tahun Haziq mesti dan boleh duduk sendiri dan boleh berdiri. Mudah-mudahan target ini akan dapat kami capai. Terus mendoakan kami ye para sahabat. Doakan kami terus diberikan kekuatan, kesihatan dan ikatan kekeluargaan yang sentiasa utuh demi anak syurga ini…………



Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.