Quantcast
Channel: Cerita dari mama......
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Stimulatherapy untuk Haziq….

$
0
0

Assalamualaikum dan bersiaran kembali….

Lama rasanya tak update laman cerita Haziq. Entah mengapa, mood nak menulis terbang entah ke mana sejak dua minggu sudah. Bila mengadap sahaja lappy, rasa nak menulis tiba-tiba hilang. Hari ni menggagahkan diri untuk cuba juga menulis. Teringat pesan seorang Ustaz dalam tv….kalaulah kita rasa liat atau berat hendak melakukan sesuatu yang biasa kita lakukan, jangan lupa selalu membaca “Laa…haulawala…..quwwata illaa….billah…..”…paksakan mulut membacanya dengan harapan dan doa agar diberikan keringanan untuk melaksanakan amalan atau ibadah seharian….

Maka, kuatkanlah juga semangat, paksakan jari jemari ni agar dapat mengetuk huruf-huruf  di keyboard ini agar dapat menjadi satu bahan tatapan kepada semua pembaca yang setia menantikan perkembangan anak syurga mama. Meskipun asyik tersalah ketuk abjad…mama yakin mama mampu menamatkan hasil tulisan sehingga ke noktah terakhir (amiinnnn)….Mama sebenarnya nak berkongsi cerita tentang rawatan alternatif yang baru Haziq cuba minggu sudah. Dah lama rawatannya, baru mama nak update gara-gara mood terbang melayang….huhuhu. Sebenarnya, sejak tahun lepas waktu Gathering Super Mum di Shah Alam tu, mama dah teruja nak cuba rawatan stimulaterapi ni dengan fokus utama nak reduce sawan yang sering menyerang Haziq..Eh, tertulis pulak, selalu mama  bahasakan Mr “S” je..hihi.

Ramai juga yang tertanya-tanya apa rawatan stimulaterapi ni? Tak pernah dengar pun! Mama pun sama masa mula-mula dengar perkataan tu. Al-maklumlah masih belum begitu banyak mencoba rawatan alternatif….Bila melihatkan rawatan ini ‘drug free’ dan menjadi salah satu alternatif yang boleh dicuba, mengapa tidak? Nak cerita panjan-panjang tak pandai, jadi mama search kat internet jelah….Kredit pada laman http://www.kartikabuana.net yang mempunyai maklumat mengenai rawatan stimulaterapi. Sila teruskan pembacaan anda….

Urutan Stimulatherapy

Pengenalan Kepada Stimulatherapy

Stimulatherapy adalah satu jenis terapi melalui rangsangan ke atas tubuh agar tubuh mampu merawat dirinya sendiri (Self Cure). Bagaimana tubuh dirangsang? Tubuh manusia adalah satu binaan biologi yang kompleks. Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengenali dan memahami anatomi dan sistem fisiologi tubuh manusia. Samaada kaedah tradisonal atau kaedah moden. Stimulaterapi  ini akan dibincangkan  dari perspektif TCM (Tradisional Chinese Medicines).

Seluruh tubuh manusia boleh dirangsang dari luar mahu pun dari dalam melalui pelbagai bagai kaedah. Namun ada bahagian lebih mudah dirangsang dan ada bahagian yang agak sukar. Tempat yang lebih mudah dirangsang ialah;

i. saluran tenaga (bio-energy channel).

ii. Titik – titik refleksi (Reflect points).

iii. Pintu tenaga (Entry Points) dan titik sambungan (Connectivity)

Justeru rangsangan yang berkesan hendaklah dilakukan pada saluran, titik refleksi dan titik sambungan yang tepat pada lokasinya dan sesuai pada masanya.

Umumnya bahagian tubuh manusia sentiasa berada dalam kondisi berikut:

i. insufficient.

ii. Deficient

iii. Dysfunction

iv. Disorder

Untuk lebih memahami bagaimana tubuh manusia boleh berada pada empat tahap tersebut kita harus kembali kepada teori “Body Meridians Theory”. Mengikut teori ini, dalam tubuh manusia yang hidup ada mengalir sejenis tenaga hayat (bioenergy) atau chi atau prana. Ibarat barangan elektrik, ia akan ‘hidup’ dan berfungsi apabila ada arus elektrik yang mengalir kepadanya. Jika arus elektrik mengalir melalui kabel atau wayar tenaga hayat pula mengalir melalui saluran atau energy channel.

Saluran tenaga hayat mengalir setiap saat dalam 24 jam. Mengikut teori ini setiap organ tubuh hanya akan berfungsi normal jika mendapat bekalan tenaga (tenaga hayat) yang mencukupi. Atas sesuatu sebab, bekalan tenaga hayat kesuatu organ mungkin berkurangan – kekurangan ini akan membawa implikasi ketidak seimbangan yang seterusnya memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.

APAKAH YANG MENJEJASKAN PENGALIRAN TENAGA HAYAT?

1. Penyempitan saluran oleh cuaca atau kecederaan atau tekanan emosi.

2. Halangan (blockage) pada saluran oleh cuaca atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.

3. Demam atau penyakit seperti darah tinggi, athma, kencing manis, gout, buah pinggang dll.

4. peningkatan usia

Kesemua pengaliran tenaga adalah berjalan dengan sendiri secara semula jadi di bawah pentadbiran langit (Allah SWT). Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat. Tenaga hayat mengalir mengikut saluran dengan tertib alami berterusan (continuosly) dan bersambungan (interconnected). Sistem saling berhubungan dan bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang bersambungan dengan nya. Maka prinsip ini turut memungkinkan ‘Distance Healing” atau ‘Distance Stimulation’.

Inilah kehebatan sistem Allah yang penuh limpahan kasih sayang untuk hambanya agar hambanya sentiasa dapat menolong dirinya. Contohnya, jika berlaku sesuatu kondisi kekurangan tenaga hayat bahagian otak, ia boleh diikhtiarkan melalui saluran jantung dan pericardium yang terletak di lengan.

Anatomi titik refleksi Stimulatheraphy hampir sama dengan acupoints anatomydalam Acupuncture dan Acupressure. Beza yang ketara antara keduanya ialah, stimulatherapy tidak mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding terapi Acupuncture.

Justeru kewujudan urutan stimulatherapy banyak memberikan sumbangan kepada kesihatan masyarakat selain menggunakan zikir-zikir ketika urutan dilakukan.

Kalau nak baca lanjut, di laman ini http://abangsihat.com/stimulatherapy/ juga ada sedikit info.

Ok,berbalik pada cerita Haziq….

Dua minggu sudah, perawat stimulaterapi dari klinik Rawatan Stimulaterapi Klang, Kak Ija berkunjung ke Johor. Rezeki Haziq, pusat rawatan untuk dua hari tersebut begitu dekat dengan kami, di Pasir Gudang!  Justeru, amatlah rugi kalau kesempatan itu tidak diambil untuk memberikan peluang untuk Haziq menjalani kaedah rawatan ini. Hari pertama rawatan, beberapa perkara dikenalpasti antaranya:

1. Keadaan tulang belakang Haziq yang mula membengkok

2. Masalah pada bahagian buah pinggang dan pundi kencing yang menyebabkan kesan pada bahagian pinggang, tak kuat untuk duduk.

3. Muscle kaki yang mula mengecut dan tidak sekata

4. Masalah pada bahagian leher menyebabkan tulang leher masih tak kuat

5. Tumbesaran yang kelihatan terbantut

6. Oksigen yang tidak sampai ke bahagian otak

Mau tak tersentak mama! Namun kuatkan hati, biarlah Haziq cuba rawatan ini. Mula-mula tu gelak aje….lepas tu dia mula melalak!

DSC02090

rangsangan di bahagian mata, untuk membantu penglihatan

DSC02093

menguatkan tulang belakang

DSC02094membetulkan kedudukan tulang yang mula kelihatan membengkok

DSC02095

DSC02105

melancarkan aliran darah supaya oksigen sampai ke otak

DSC02106

Kelelahan yang amat

DSC02108Perawat, Kak Ija….terima kasih Kak!!!

Hajat di hati nak sambung rawatan di Klang, apakan daya bila terikat dengan sesuatu tugasan, kaki ni terasa bagaikan dirantai. Hati tu melonjak-lonjak nak teruskan rawatan. Mudah-mudahan akan ada rezeki Haziq lagi untuk bersua dan mendapatkan rawatan dari Kak Ija. Tak sabar juga sebenarnya nak tunggu perawat di Johor dapat memulakan khidmatnya…..Alhamdulillah, selepas dua minggu,nampak ada sedikit perubahan. Hasil pembuangan Haziq dah tak terlalu keras. Kadang-kadang memang tak perasan bila Haziq poo poo, tau-tau dah busuk. Mama pun perasan sesuatu…..kepala Haziq sudah agak kuat dan boleh duduk dengan bantuan. Haziq pun nampaknya semakin aktif,alhamdulillah!

Mama tahu proses rawatan tu menyakitkan Haziq. Mama tahu Haziq tak selesa tapi untuk kebaikan, Haziq kenalah kuat ye sayang…..Biarlah perubahan itu kecil tetapi sangat signifikan buat seorang ibu seperti mama!!! Lepas ni ada satu lagi kaedah rawatan mama mahu usahakan untuk Haziq tapi sementara itu buat masa ni, kita konsisten dengan tradisional massage ye lalink….

Semoga setiap urusan kami dipermudahkan…



Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.



Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.