Quantcast
Channel: Cerita dari mama......
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

I”m Back!!!!!! My new story you all…….

0
0

Assalamualaikum, salam sejahtera…..

Semoga semua pembaca budiman sihat-sihat selalu ye. Terima kasihlah sebab sudi jenguk laman yang nyaris-nyaris nak bersawang ni ha….Alhamdulillah, ada juga yang tertunggu-tunggu perkembangan anak syurga saya, Super Haziq…..Dah hampir sebulan tak update laman cerita Haziq ni gara-gara mama dia yang sibuklah sangat kononnya, mengalahkan menterilah pulak……padahal tak tau le apalah yang disibukkannya….Bila terlihat ada komen yang menunggu perkembangan Super Haziq, tetiba je rasa bersalah pulak sebab buat orang tertunggu-tunggu…Ampun…ampun……

Sebenarnya Super Haziq ni tetap macam biasa. Cuma agak dah lama tak ke Batu Pahat sebab ada sahaja agenda mama yang membataskan rutin tersebut. Cuba nak elak-elak tapi tak boleh. Kena mengaku yang mama ni bukanlah Super Woman…..fitrah manusia yang cepat terasa letih kan…..Bukan letih berulang alik, tapi letih dengan rutin sendiri sehingga terabai rutin anak syurga. Maafkan mama ye sayang………Dah dua minggu lebih tak ke Batu Pahat. Super Ayah pulak tak pernah menguruskan Super Haziq sorang-sorang ke Batu Pahat. Mama je yang ‘expert’ sikit……pernah jugak minta Super Ayah ke sana kalau mama tak dapat nak ke sana tapi Super Ayah siang-siang angkat bendera putih. Bukan menolak, cuma tak biasa…….takut tak terhandle……setuju tak kalau saya kata…..orang pompuan ni sabarnya lain macam. Kadang-kadang nampak memang tak sabar, asyik nak melenting tapi Super-super ayah kena akui yang ada pert-part tertentu depa tak boleh challenge Super Mom kan…kan….kan…..(hehehe…ahaks…)

Ok, berbalik cerita Super Haziq…..ce tengok gambar dia ni….

Muka budak demam........(demamlah sangat.....jangan lupa letak dua-dua tangan serentak ke bahu masing-masing...ahaks...)

Muka budak demam……..(demamlah sangat…..jangan lupa letak dua-dua tangan serentak ke bahu masing-masing…ahaks…)

Ini gambar terkini yang diambil sekitar 1o minit yang lalu. Nak tahu…..nak tau tak? nak ke tidak……yelah, yelah….tak nak tau pun tetap akan diceritakan sebab ini kan cerita Haziq……hehehe. Budak bertuah ni dah dua tiga kali demam manja-manja minggu ni. Kejap-kejap dedar……2-3 jam lepas tu baik, boleh sengih-sengih. Macam hari nilah, petang tadi Super Ayah ambil dari rumah pengasuh, badannya dah dedar. menjerit sampai hampir nak mengundang Encik “S” bila mama sumbat molot dia dengan ubat demam. Dia nampak je bayang-bayang shrink tu dia dah ketap gigi. Budak bertuah dan cerdik ni kan…….Tak macam dulu, dulu kena auta kata oren, kali ni mama straight forward kata kena makan ubat kalau nak baik…….suka tak suka, jerit macam kena dera, telan jugak…….Ha tengok, tak sampai sejam dah boleh sengih……

La ni dia diam aje kat sebelah Super Kakak yang tengah baca buku sambil-sambil layan mata nak tidur. Super Kakak ni pulak sajalah ambil peluang nak tidur melekat dengan mama sebab Super Ayah pergi stadium tengok bola, JDT vs Pahang katanya. Super Abang Haziq pulak duduk depan stadium Astro. Mama dia kenalah mengalah bila dah ada dua orang kaki bola kat rumah. Biasanya Super Abang ikut, tapi hari ni tak ada rezeki sebab tak berapa nak sihat, syemput…………layan sensorang jelah depan TV. Kejap lagi mama join lepas update laman Cerita Haziq ni yek…..(Macamlah dia yang kat luar bilik tu dengar kan….)

Aiman Haziq semakin cerdik…..

Nak tau kenapa? Ce tengok gambar ni pulak…..

santai bang.....

santai bang…..alamak abaikan prop yang kat belakang tu yek…..mencacatkan pemandangan!!!!hihihi

Sejak ada bouncer untuk duduk-duduk santai, dah tak berapa nak dengan wheelchair dia…best je kaki sebelah kat atas, sebelah memang santai habis……Elok pulak tu siap ada toy bunyi-bunyi….lagilah dia suka. Setiap hari angkut ke rumah pengasuh, pergi angkut, balik pun angkut…..letak pulak depan tv, gelapkan lampu, sukalah dia tengok warna-warna yang keluar dari tv…..Apa jadi dengan item dalam gambar kat bawah ni pulak?

DSC01221

Nyaris tak jadi tukun you all…………dah jarang pakai melainkan time kain bouncer tu dibasuh. Mulalah dia mengeliat-ngeliat bila duduk kat sini walaupun dia tak mengaruk macam masa mula-mula dapat dulu…..mujurlah dia tahu ini kerusi dia. Sudahnya, duduk sementaralah kat bilik belakang ini barang…Kalaulah pakar rehab tahu, mahu bernanah telinga kena leter…..Korang jangan pecah rehesia yang i dah pecahkan ni tau!!!!!

Apa yang paling geram……item dalam gambar kat bawah ni pulak dia dah mula alergik……suka-suka dia je kan?…

Besau bona agak eh...

Besau bona agak eh…

Stroller wheelchair ni memang standby kat rumah pengasuh…..lebih smart, boleh angkut je masuk kereta, tak perlu nak bukak compartment dia..taklah nampak macam kerusi roda sangat kan. Kalau bawak jalan-jalan takdelah orang yang lalu tepi sampai dok terteleng-teleng kepala memandang banyak kali…..materialnya bagus, cuma agaknya panas sangat dan besar, jadi Super Haziq ni dah pandai buat pilihan. I want my bouncer!!!!! (katanya……………………..) Tengoklah tu, muka tak puas hati….hehehe…ada mama kisah? (Brutal punya mama…………………………..)aha ha hai……aha ha ha hai………..

Inilah ceritanya…..puas tak? Kalau tak puas nanti tunggu tau….mesti ada cerita baru nak kongsi pada semua. Sehingga itu, kaki ni tiba-tiba je gatal nak melangkah ke luar bilik, nak ke stadium Astro..Mana boleh jadi………LUASKAN KUASAMU!!!!! Kita jumpa lagi ye….



Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: