Quantcast
Channel: Cerita dari mama......
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Syukur padaMu Ya Allah (cerita AFO)…….

$
0
0

Assalamualaikum, salam sejahtera……

Hmm…hari ni sebenarnya mama terpaksa tinggalkan Super Haziq bersama ayah dan adik beradik yang lain sementara mama bergelumang dengan sesi menuntut ilmu di Batu Pahat. Nampaknya Batu Pahat dah menjadi rumah kedua. Bukan sahaja ulang alik untuk sesi terapi Aiman Haziq, malah ulang alik juga demi menuntut ilmu. Apa yang mama mahu kongsikan hari ini adalah rasa syukur dan gembira kerana akhirnya AFO Super Haziq yang ditunggu-tunggu dapat juga. Sebelum ini mama ada naikkan gambar di dalam wall MyCP tapi kali ini mama mahu kongsikan dengan para pembaca blog Super Haziq yang budiman. Sebelum ini, pertemuan dengan pakar rehab mencadangkan agar Super Haziq memakai AFO yang lebih sesuai dengan kakinya berbanding AFO yang dibekalkan oleh pihak hospital. Bukanlah AFO yang dibekalkan oleh pihak hospital tu tak bagus, cuma cadangan memakaikan Super Haziq dengan AFO yang lebih lembut materialnya dan lebih selesa kelihatannya, lebih memuaskan hati mama. Harganya RM1300. Hmmm boleh tahanlah juga. Mujurlah mama dan ayah ni kakitangan kerajaan, masih ada ruang untuk memohon pembiayaan semula bagi peralatan perubatan anak menerusi borang sara ubat.

Tapi kali ini mama memang betul-betul terlupa soal mengisi borang sara ubat tersebut. Semalam dalam perjalanan ke hospital untuk mengambil AFO Super Haziq, mama sempatlah menelefon ke institusi lama tempat mama bertugas untuk mendapatkan maklumat berkenaan prosedur dokumen dan proses yang perlu dilalui bagi mendapatkan pembiayaan sara ubat/pembiayaan peralatan perubatan anak. Setelah dimaklumkan, barulah mama perasan yang mama dah ‘miss’ banyak dokumen. Tapi mama dan ayah teruskanlah juga perjalanan ke hospital. Kalau terpaksa datang semula ke hospital untuk mendapatkan pengesahan pakar, mama dan ayah akan lakukan kemudian. Sampai sahaja di hospital, staf nurse Radziah memang dah sedia menunggu. Ya Allah….masa tu mama rasa bersyukur sangat sebab rupa-rupanya staf nurse Radziah dah siapkan semua dokumen yang diperlukan, hanya menunggu tandatangan ayah sahaja. Subhanallah!!!!!!Memang mama tak sangka betul!!!! Bertalu-talu ucapan terima kasih mama tujukan buat staf nurse Radziah di atas kebaikan yang diberikan buat Super Haziq.Memang mudah betul urusan mama,alhamdulillah!!!!!

Lepas ambil Super Haziq dari rumah pengasuh, mama dan ayah pakat dirikan Haziq di standing frame yang dah agak lama jadi hiasan di ruang tamu…..Kononnya nak tunggu ayah pasangkan roda, boleh pula ayah terlupa nak beli roda. Kenalah angkat standing frame yang berat tu, diletakkan depan tv supaya Super Haziq dapat berdiri tanpa bosan. Alhamdulillah, Super Haziq tak menangis sebagaimana biasanya. Dapatlah 20 minit berdiri, cuma di akhir-akhir sesi Super Haziq menangis, kepenatanlah tu. Mama kongsikan gambar-gambar Super Haziq daripada mula berdiri di standing frame, hinggalah tertidur keletihan…..

DSC01537

test dulu….nampak ok je ni….

DSC01539

tak suka……………

DSC01544

dah ok, dah tenang nampaknya Haziq…


DSC01557

keseorangan…..

DSC01564

abang teman tengok tv….


DSC01566

jeling mama ye….

DSC01569

betul punya letih…………………

Tak tahulah apa yang mama rasa hari ini. Mama memang selalu ingatkan diri agar berusaha memudahkan urusan orang lain kerana Allah. Mudah-mudahan pada satu ketika Allah akan permudahkan kerja mama. Inilah yang mama lalui semalam. Memang tak sangka, memang tak jangka pertolongan Allah itu datang tepat pada masanya melalui staf nurse yang baik hati. Bak kata ayah, “Kalaulah semua staf nurse macam ni punya baik, semua orang nak masuk hospital”. Mama hanya tersenyum….Tersenyum kerana menerima kebaikan yang ditidak disangka, tersenyum kerana dapat memberikan sesuatu yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup Super Haziq mama, tersenyum kerana hati yang dipenuhi bunga-bunga bahagia. Mudah-mudahan kebahagiaan ini akan menjadi milik mama, Haziq dan ahli keluarga lainnya……….



Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.